Total Pageviews

Home

Cara untuk Bertemu dengan Orang yang Kita Perlukan




     Salah seorang staf OutBox Malaysia bertanya pada saya,

     "Macam mana nak buat orang nak datang OutBox Malaysia sebenarnya?"

     Soalan ini melibatkan marketing. Ia berkenaan kaedah menanam pemikiran "Aku perlukan OutBox" dan juga mendidik masyarakat agar sedar akan kepentingan ilmu-ilmu tersebut.

     "Kita fokus hanya pada orang yang memerlukan OutBox Malaysia sahaja. Mereka ini terdiri daripada golongan ini:

     1) Bercita-cita membuat perubahan dalam masyarakat sekelilingnya
    2) Mencari teman-teman seperjuangan
    3) Memerlukan pusat sumber rujukan dan inspirasi
    4) Bersedia untuk belajar daripada orang-orang lain daripada pelbagai bidang

     Apabila mereka memerlukan kita, insyaAllah dia akan jumpa kita. Sebegitulah Dunia ini berputar."

...

     Jawapan saya adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri Alhamdulillah.

     Sebelum saya membuat keputusan untuk mengubah Dunia Perfileman, saya tidak mengenali individu-individu yang saya kenali sekarang. Malah, saya tak pernah tahu pun Nazirul Haziq itu wujud di dunia ini.

     Sebaik sahaja saya membulatkan tekad dan memohon pada Allah agar dilorongkan ke jalan yang benar, Alhamdulillah saya dipertemu setiap seorang tepat pada masanya dan sesuai dengan keperluan. Mereka semua sangat berharga di sisi saya, dan biarpun mereka tidak tahu skala impak kewujudan mereka terhadap saya, nescaya Allah akan membalas mereka dengan ganjaran yang setimpal. Amin.

     Sebagai contoh, saya bukanlah seseorang yang fasih dengan kertas kerja, menyantuni tetamu-tetamu jemputan dan mengendalikan program-program. Saya cenderung kepada kerja-kerja menyusun dan menggerakkan sekumpulan manusia dalam mencapai satu-satu matlamat.

     Alhamdulillah, Allah temukan saya dengan Nur Syuhaidah yang 'passion'nya adalah dalam pengelolalaan program-program. Kebolehan beliau dalam menghubungi dan meyakinkan pihak berkenaan untuk menjayakan program OutBox Malaysia adalah sesuatu yang luar biasa dan mengagumkan bagi saya.


      Selain itu, Allah juga temukan saya dengan Hafiz Hais, 'music composer' di sebalik dua filem pendek Hamasah As-Syabab iaitu 'Recruit: The Unseen Enemy' dan 'Reverse'. Saya sendiri tidak ingat bagaimana kami bertemu tetapi ada satu kisah menarik yang saya ingin kongsikan. 

     Hafiz Hais merupakan satu-satunya 'music composer' yang saya kenal dan yakin dengan hasil kerjanya. Selain beliau, saya hanya mengenali Hans Zimmer. Nampak tak betapa terbatasnya kenalan saya dalam bidang ini?

     Namun begitu, saya dan Nazirul merasa perlu untuk beliau bertemu dengan seseorang bagi menuntut ilmu dan juga mengasah bakatnya. Kami mengutamakan pembinaan individu-individu di sekeliling kami kerana hasilnya adalah gerak kerja kolektif yang lebih hebat insyaAllah.

     Kami bertiga mengadakan perjumpaan ringkas semalam. Beliau mengejutkan kami dengan perkembangan terbarunya:

     "Aku dah jumpa seorang lagi 'composer' macam aku. Kitorang partner sekarang ni."

     "Serius?! Jadi selepas ni, kau akan buat soundtrack dengan dialah?"

     "Dah siap satu dah pun."

      "Ini melampau. Tak cerita apa-apa pun. Macam mana boleh jumpa dia?"

      "Aku tengok bahagian kredit filem 'Hikayat Merong Mahawangsa' dan terjumpa nama dia. Aku terus 'add' dia dekat Facebook. Sembang-sembang sikit terus buat partnership."

    Nampakkah anda? Betapa mudahnya bertemu dengan seseorang itu?

    Namun begitu, anda perlu tahu bahawa proses Hafiz Hais mencari seorang lagi 'composer' bukanlah sehari dua. Sebaliknya, beliau terpaksa belajar sendiri terlebih dahulu dan menghasilkan karya-karyanya tanpa sebarang bantuan dan bimbingan. Beliau terus berdoa (dan juga kami) hinggalah akhirnya Allah temukannya dengan rakan baru itu.

    Beliau mampu melakukannya hasil keyakinan terhadap perjuangannya.


      Berkenaan: Mencari Peta Kehidupan


...

     Allah akan temukan kita dengan mereka yang kita perlukan apabila ia paling bermanfaat buat diri kita dan Ummah. Tugas kita adalah berkerja secara istiqamah dan bersungguh-sungguh, bulatkan tekad dan tabah, serta senantiasa panjatkan doa kepadaNya agar ditunjukkan jalan yang lurus.

     Oleh itu, sekiranya anda merasa keseorangan sekarang ini atau hilang punca, mintalah padaNya. Usah berputus asa. Pertolongan akan tiba pada masa yang terbaik. Bukankah Dia Maha Mengetahui segala-galanya?

    Tugas kita?

    1) Kenalpasti keperluan kita
    2) Yakin dengan relevennya keperluan itu
    3) Minta petunjuk daripada Allah
    4) Berusaha memperoleh keperluan tersebut
    5) Terus berusaha dan tawakal





No comments:

Post a Comment