Alhamdulillah, hari ini selesai dua mesyuarat berbeza dengan orang-orang penting OutBox Malaysia dan juga Hamasah As-Syabab. Topik utamanya adalah projek-projek utama akan datang iaitu OutBox Conference pada Januari 2015 dan Future Film Festival pada Februari 2015.
Saya menghadiri mesyuarat Hamasah As-Syabab bersama Nazirul Haziq dan kami pulang ke pejabat menggunakan perkhidmatan KTM. Ketika kami menantikan kehadiran kereta api tersebut, kami bincangkan perjuangan kami.
Berkenaan: Agenda Mengubah Dunia Perfileman
"Kita kena rancang setiap satu langkah-langkah kita kalau kita serius nak corak Dunia Perfileman ini. Kita kena jadi 'tangan-tangan' di belakang yang menyusun segala benda. Kita kena jadi lagi hebat, teratur dan tersembunyi daripada Freemason!" Nazirul luahkan isi hatinya.
"Setuju. Cuma, kalau kita betul-betul nak jadi pencorak sistem ini, kita kena gadaikan segala kepentingan diri kita. Apabila kita mendukung perjuangan organisasi, kita perlu ketepikan peribadi kita. Contohnya, kita boleh jadi macam Warner Bros tetapi kita kehilangan hak untuk menjadi seperti Michael Bay atau Christopher Nolan yang dikenali atas karya masing-masing. Kita ada keutamaan yang lebih besar.
Sama macam Freemason, kita kenal depa sebagai organisasi dan bukannya individu. Kita akan fokus pada pembinaan individu-individu yang hebat. Tengok Hans Zimmer. Dia ajar beberapa individu dan mereka berjaya hasilkan soundtrack yang hebat-hebat. Selepas ini beberapa composer itu pula akan bina beberapa individu lain, dah jadi berapa orang dah.
Akhirnya, fokus kita perlulah pada pembinaan sekiranya kita serius mengenai pencorakan Dunia. Tiada jalan yang lebih selamat dan diyakini kejayaannya. Tapi kita kena bersabar. Jalan ni memang panjang, tapi tak apa. Bayangkan apa akan jadi pada Dunia 10 tahun akan datang dengan usaha kita sekarang. Bayangkan pula bila kita mati nanti. Kita boleh tinggalkan impak yang sangat besar!
Bukan bermakna tiada siapa akan kenal kita langsung, pasti akan ada yang kenal. Cuma mereka yang kenal kita adalah mereka yang perlu kenal kita. Allah akan temukan kita dengan orang-orang yang diperlukan dalam perjuangan kita."
Berkenaan: Kehidupan di Sebalik Gelaran 'Dropout'
"Betul juga tu."
"Aku dah bersedia untuk ini insyaAllah. Aku akan jadi playmaker. Penulisan aku pun khusus untuk orang-orang yang ingin melakukan perubahan. Moga ramai belajar daripadanya dan mencipta sesuatu yang lebih hebat lagi."
...
Seorang pejuang, pengorbanannya besar sesuai dengan ganjaran yang bakal diperoleh.
Kerja yang paling tidak menerima sebarang pengiktirafan merupakan kerja terpenting dalam pembinaan tamadun. Tidak dikenali para penghuni bumi tetapi dikenali para penghuni langit.
Tiada satu amal di jalanNya yang sia-sia.
Kepada para murabbi, selamat berjuang.
No comments:
Post a Comment