Setiap gerakan perlu ada satu mantra atau moto yang digunakan untuk memacu para pejuangnya menuju kecemerlangan.
Sebagai contoh, Facebook membawa mantra “Move fast with stable infrastructure" yang menggambarkan matlamat mereka untuk terus berkembang dan membina idea baru.
Mantra Apple iaitu "Think different" pula menekankan penghargaan mereka terhadap daya kreatif manusia.
Secara peribadi pula, saya menggerakkan tiga syarikat yang berbeza iaitu Hamasah As-Syabab, OutBox Malaysia dan 2 Idiots FM.
Hamasah As-Syabab membawa moto "Challenge the norm" yang menggalakkan kami untuk sentiasa melihat perkara-perkara mustahil sebagai potensi, kekangan sebagai peluang dan kesukaran sebagai kenikmatan.
Kalau seluruh Dunia kata ianya mustahil untuk corak Dunia Perfileman, maka kami katakan "Kalau macam itu, kita bina Dunia Perfileman yang baru."
Kalau seluruh Dunia kata ianya sukar untuk menggerakkan para pemuda zaman sekarang, maka kami katakan "Jadi kita kena cipta satu cara yang baru."
Outbox Malaysia pula membawa moto "Brain's No Box". Otak adalah simbol intelek dan imaginasi manakala kotak pula adalah simbol kekangan dan kekakuan.
Otak bukan sebuah kotak yang digunakan untuk menyumbat ilmu dan kemudian disimpan dalam stor. Otak juga bukan kotak yang kapasiti muatannya terhad dan bolos apabila muatan terlalu berat. Otak (intelek dan imaginasi) bukan kawasan yang boleh ditetapkan batasannya sebaliknya tiada sempadan baginya.
Oleh kerana itu, kami meraikan idea-idea luar biasa dan bersungguh-sungguh dalam perkongsiannya.
Akhirnya, 2 Idiots FM membawa moto "Bukan sekadar sembang kencang." Fokus kami adalah menyajikan sesi perkongsian yang bersifat santai dan menarik tetapi penuh manfaat. Moto ini menjadi panduan kami dalam pemilihan para 'deejay' dan juga topik-topik yang diketengahkan.
Menarik bukan?
...
"Apa moto anda?"
Itu sahaja sudah memadai bagi saya untuk menilai peribadi anda. Daripada itu, saya merangka persepsi saya dan kemudian cara interaksi.
Jadi, sebelum kita berjumpa, sila bersiap sedia dengan moto anda atau harungilah sesi 'brainwash' khas daripada saya.
Haha!
No comments:
Post a Comment