Total Pageviews

Home

Saya Rasa Anda Perlu Ziarahi 7 Laman Sesawang Ini




     Salam alayk semua!

     InsyaAllah, hari ini saya ingin kongsikan beberapa laman sesawang yang sering saya lawat beserta asbab disebalik perbuatan saya itu.

     1) Ted.com


    Selaku seorang 'startup founder', saya memerlukan aspirasi dan ilmu daripada individu-individu yang melakukan perkara-perkara lain. Kepelbagaian topik dan idea yang diketengahkan membolehkan saya terus segar dan terbuka minda.

    Di Ted.com, amalan saya adalah:

    i) Cari tajuk perkongsian yang menarik
    ii) Muat turun perkongsian tersebut bersama subtitle 'Bahasa Inggeris'. Kadangkala ada kosa kata baru yang kita akan peroleh dan bermanfaat sekiranya kita tahu ejaan betulnya.


      iii) Dengar perkongsian tersebut sementara saya membuat kerja-kerja lain seperti mengeringkan rambut atau meng'edit' video.

     Paling menarik mengenai TED adalah: Segala video mereka adalah PERCUMA. Hal ini adalah kerana para peserta konferens tahunan TED membayar ribuan dolar sebagai yuran penyertaan sekaligus membolehkan produksi isi kandungan diedarkan kepada umum tanpa sebarang bayaran.

    2) IslamGRID

    
    

    IslamGRID adalah tempat rujukan utama saya bagi terjemahan ayat-ayat al-Quran. Saya menggunakannya bagi tujuan penulisan sama ada buku mahupun 'blogger'.


    Namun begitu, sekiranya anda mencari ayat al-Quran dalam tulisan Arab untuk diletakkan ke dalam penulisan, IslamGRID bukanlah tempatnya.

    3) Zaharuddin.net

    Laman sesawang milik Ustaz Zaharuddin pula saya gunakan sebagai rujukan bab kewangan. Buku beliau yang bertajuk "Jangan Berhenti Berlari" merupakan pengenalan saya kepadanya. Alhamdulillah, sejak daripada itu, saya meminati penulisan beliau.



     4) Saifulislam.com

      Selain Ustaz Zaharuddin, saya juga mengikuti penulisan Ustaz Hasrizal terutamanya perihal sejarah Turki. Buku beliau 'Secangkir Teh Pengubat Letih' membawa saya kepadanya Alhamdulillah. Baru-baru ini, saya menerima khabar bahawa buku beliau bertajuk 'Menalar Makna Diri' adalah hebat. InsyaAllah akan dapatkannya secepat mungkin!

    Juga berpeluang ziarah rumah beliau sempena bulan Syawal (bulan sambutan hari raya kita). Seorang yang saya dapatkan keluasan ilmu dan pengalaman di dalamnya, tenang dan merendah diri di luarnya.



     5) OutBox Malaysia

    OutBox Malaysia merupakan gerakan yang saya terlibat sekarang ini Alhamdulillah. Kami menjemput speaker daripada pelbagai latar belakang terutamanya dalam aspek perjuangan. Oleh itu, saya selaku pengikut tegar OutBox Malaysia dan juga editor video rakaman OutBox Malaysia, saya akui bahawa banyak saya pelajari daripada OutBox Malaysia Alhamdulillah.

     Setiap bulan, tema menarik akan dikemukan dan speaker hebat yang bersesuaian ditampilkan. Sebarang pengumuman dan pertanyaan mengenai OutBox Malaysia boleh didapati di sini insyaAllah: OutBox Malaysia.




   InsyaAllah, OutBox Malaysia akan menganjurkan program Mega OutBox pada Januari 2015. Program ini merupakan konferens tahunan utama OutBox Malaysia yang menghimpunkan speaker-speaker yang hebat berentap di medan amal masing-masing.

    Sekali lagi, sebarang maklumat boleh didapati di sini: OutBox Malaysia.

Nota penting: Dikatakan Mega OutBox pada Januari 2015 akan membuka tempat khas kepada 400 orang sahaja. Baik bersedia dari sekarang!

6) Entrepreneur.com

     Entrepeneur menjadi pusat rujukan saya juga kerana mereka memanggil individu-individu yang terlibat dalam Dunia Keusahawanan untuk menulis di sana. Setiap seorang daripada mereka berkongsi artikel-artikel yang bermanfaat dan berilmiah buat para usahawan.

    Tidak sedikit bilangan kali saya membaca artikel di sana dan terus berkata, "Oh, boleh buat macam ini rupanya" atau saya terus menghubungi rakan-rakan seperjuangan saya dan bercerita mengenai konsep atau idea baru yang saya peroleh.
   


    7) sekolahpenulisan.com

   Selaku CEO HAS Publications, saya mengikuti perkongsian daripada para penulis di sekolahpenulisan.com. Salah seorang daripada mereka iaitu Azree Hanafiah adalah orang kuat dalam PTS sekaligus meningkatkan kepercayaan saya terhadap pengalaman dan kredibiliti ilmu yang dikongsi mereka.



    Salah satu topik yang saya minat adalah berkenaan self-publishing. Ia sinonim dan rapat dengan saya secara peribadi. Alhamdulillah, saya telah membantu 5 orang penulis hingga saat ini dalam usaha mereka menerbitkan buku mereka sendiri dan ini hanya permulaan.

Nota tambahan: Sekiranya anda berminat untuk menerbit buku atau memerlukan bantuan dalam penulisan, anda boleh hubungi saya di Facebook saya, Afiq Sazlan insyaAllah. 

...

    Itulah 7 laman sesawang yang saya ikuti Alhamdulillah. Banyak lagi sebenarnya, cuma angka '7' kedengaran menarik. Haha!

    Bermanfaatkah perkongsian ini kepada anda, terutamanya yang mencari bahan bacaan harian?

    Apa perkara lain yang anda berminat hendak tahu? Nyatakannya dalam komen, dan insyaAllah saya akan usahakannya!




1 comment: